Welcome to my Private Peacock's Breeding Farms!

Selamat Datang ke Laman Ladang Penternakan Merak. Membiak beberapa spesis unggas seperti Burung Merak , Kuang, Ayam Mutiara, Ayam Piru, Angsa, Itik , Silkie, Polish, Button Quail, Coachin dll.

Tuesday, December 28, 2010

Ubat mencegah penyakit CRD...

Salam buat semua...

Sekadar ingin berkongsi, mungkin kita ingat bila unggas kerap mati, ND lah puncanya... tak jugak, ada bermacam-macam penyakit unggas nie seperti berak darah, endoparasit, bronkitis berjangkit, gumboro, mareks, CRD n termasuklah ND... oleh kerana sy pernah 'diserang' CRD, so taw lah sikit symtom n pencegahan bagi penyakit nie...
  • -Disebabkan oleh Bakteria- Mycoplasma gallisepticum
  • -Jangkitan boleh berlaku pada semua peringkat umur, dan paling tak tahan ialah anak yang masih muda.
  • -Jangkitan boleh berlaku melalui udara dan juga telur.
  • -Cepat merebak seperti ND
Symptom:
  • Kesukaran dalam pernafasan
  • Hidung berair
  • Kelesuan
  • Pundi udara serta paru-paru menjadi lebam
  • Kematian sederhana
Pencegahan:
  • Reban dicuci dan dibasmikumankan, boleh dapatkan ubat pencuci reban di kedai poultry. kalau nak sembur, mana2 yang ada penyembur racun manual tu lagi senang, bancuh n sembur keseluruh kandang atau reban.
  • Sumber beli yang bebas penyakit. kalau nak beli apa2 tu, kalau boleh usha dl tmpat dia, ok ke tak, kalau rasa2 mcm tak best je, elakkan beli sebab dari hal ni lah, penyakit boleh bertandang ke farm kita pulak... ingat nak tambah satu dua, tapi mampus 30-40 ekor...
  • Mengurangkan ‘stress’, kadang2 tekanan pun boleh manjadi puncanya, tak kiralah samada dari segi gangguan manusia ataupun persekitaran, hujan pun boleh menyebabkan suhu reban terlalu sejuk dan lembap.. kita pun boleh demam apatah lagi unggas...
  • Mengawal keluar masuk individu serta peralatan, kalau dl, ade orang nak datang je kita mengalu-alukan, boleh tapi kalau boleh hati2 sebab bakteria boleh dibwa melalui individu luar dan juga peralatan yang dibwa masuk seperti sangkar dan juga kotak unggas
  • Antibiotik – Ubat yang agak ok untuk digunakan adalah Tylosin dan juga Baytril... Tylosin biasanya akan disuntik ke unggas yang ada symptom CRD ni, dan kalau boleh suntikan proaktif lagi bagus... then Baytril pulak adalah ubat oral yang mana kita campur pada air mimuman. Bagi kedua-dua ubat serentak adalah terbaik....
Ini gambar ubat tu...

Tylosin for injection


Baytril, untuk oral

Yang nie sebenarnya untuk lembu n kambing, tapi untuk unggas pun ok, bila ayam ada sakit mata, bengkak dan berair, boleh spray kat mata....

Itulah serba sikit yang boleh dikongsi hasil dari pembelajaran sendiri, tapi kalau ada kesilapan dalam penerangan, insyAllah perbetulkanlah untuk kebaikan bersama.... Salam

Sibuk + Busy...

Ehem... Assalamualaikum...

lame betul tak update blog, sibuk dengan majlis kahwin adik then ditambah pulak dgn final anchor nak siapkan master, so kene fokus yang utama dulu.. bila rase dah takde nak buat ape nie, baru teringat nak update blog....

Up to date, takde byk sangat ape yang berlaku di farm, tapi sekadar ingin mengingatkan kepada para peminat unggas dan juga haiwan eksotik terutamanya unggas seperti ayam, merak, kuang dan seangkatan dengannya... mungkin semua pun tahu, satu tanah melayu nie diserang penyakit unggas iaitu New Castle Disease atau sampar... Dalam berjaga2 dari penyakit tu.. tempat saya pun terkena jugak... byk jugak ade yang terkena n tak sempat nak cure... bila check2, yg datang tu bukannya ND, tapi CRD atau kita panggil penyakit pernafasan menular... penyakit nie menyerang terutamanya selepas hujan... n unggas biasanya akan murung, hilang selera makan, hidung berair dan seakan-akan selesema... then, bila tahan kritikal, tercungap-cungap disebabkan oleh kahak yg tersekat di saluran pernafasan.... agak teruk juga kesannya walaupun tak seperti ND..

Kalau ND, kematian boleh mencecah 100%, semua akan mati jika tak disuntik dengan anti ND, tapi CRD nie, kematiannya boleh dianggarkan 50% jika tak dirawat secepat mungkin... jangkitan boleh berlaku secara perlahan-lahan tak mcm ND, sekali datang... alamatnye tak larat nak buang ayam mati ke sungai...

Alhamdulillah, semua pun dah ok... dah takde tanda2 lagi... ubat pun dah bagi, sangkar2 pun dah disembur dgn anti bakteria...

So ape yang terbaru, sy hanya menambah beberapa koleksi baru seperti burung budgie, ayam polish, silkie, and cochin... merak pulak, emerald spalding dan buford bronze... konon2 nak bagi ladang nampak ada landskap, ayah ade membeli koleksi orkid harimau, dengar kata susah nak berbunga tapi try je dl... mana taw ade rezeki...

InsyaAllah, ada mase jap lagi, sy akan upload gambar2 koleksi terbaru sekadar berkongsi dengan semua.... Salam

Tuesday, November 9, 2010

My Waterfowl

Dari bela merak, sekarang dah ada exotic waterfowl. Setakat ni yang dikumpul adalah mandarin duck, white mandarin duck dan carolina wood duck.

Reeves Pheasant



Reeves Pheasant; menurut sumber internet, kuang ini mempunyai ekor yang terpanjang diantara kuang-kuang yang lain. Tercatat di Guinness World Records, ekor yang terpanjang ialah 2.4 meter atau bersamaan dengan 8 kaki...

Habitat asal adalah di hutan di tengah China dan juga Timur. Di kategorikan sebagai 'vulnerable' dalam CITES. Kajian menanggap hanya 2000 ekor yang masih berada di hutan seluruh dunia.

Brown Silkie

1hb nov yang lepas, saya ada menemani saudara ibrahim pergi mencari button quail... lama juga mencari contact sesiapa yang jual button quail, last2 terjumpa ada uncle ni so saya pergilah....
bila dah sampai je, perasaan teruja bila tgk byk collection uncle ni yang saya masih tak ada lagi... antaranya brown silkie nie.... so 'kecek' punya kecek... dapt juga bw balik sorang sepasang....

Mini Coachin


3 pasang mini coachin baru... watna oren, blue, n grey...

Sunday, October 24, 2010

Baka baru yang dinanti-nantikan

Sebagai seorang peminat merak, ikut hati teringin je nak kumpul koleksi merak yang ada muka bumi ni.. tapi apakan daya, budget pun sengkek, so terpaksa kumpul apa yang termampu... saya ada menempah dari importer utk mengimport 4 pasang baka hibrid iaitu emerald green, cameo spalding, Buford bronze dan purple spalding untuk koleksi sendiri, kalau ade duit lebih sikit nak juga white spalding tapi memandang budget terhad so kiv dl, lgpun white spalding dah ada di malaysia, so nanti cari kat collector sini jelah... InsyaAllah hujung bulan december ni atau bulan jan sampai ke Malaysia. ni ade gambar saja untuk dikongsi...

Purple Spalding

Emerald Spalding

Cameo

Buford Bronze

White Spalding

Pictures source: http://www.texaspeafowl.com/peacock.html

Mudah-mudahan diperkenan la hajat untuk memiliki baka nie... InsyaAllah!!


Fuhh!! Nasib baik.. Alhamdulillah....

Salam buat semua pengunjung,

Baru ni, saya amat bernaseb baik dan bersyukur sangat2... buat semua geng-geng yang menternak unggas atau burung eksotik perlu berhati-hati dengan wabak sampar. Wabak sampar atau hawar ataupun New Castle Disease... Baru2 nie, lebih kurang seminggu lepas, saya dapat tahu ayam-ayam kampung di rumah-rumah sebelah jiran saya habis mati dipercayai akibat wabak pembunuh unggas nie... habis semua ayam sekor pun tak tinggal... Saya memang tak senang duduk, mana taw berjangkit kat merak-merak saya pula... tunggu-tunggu punya Alhamdulillah... masih lagi tak kena.... harap-harap geng kat MPF ni imun dengan vaksin yang saya bagi baru je 2 minggu sebelum tue... buat kengkawan yang ada menternak ayam tu, dinasihatkan untk memberi unggas anda dengan ND Vaksin... Memang dasyat bila jiran kata langsung sekor pun tak tinggal...boleh dapatkan daripadapembekal alatan penternakan yang terdekat. dan buat penternak yang berada di Perlis, Jabatan Veterinar Kangar, sudahpun membekal vaksin ini dengan harga rm120 sebotol...

Wassalam...

Sunday, October 3, 2010

Emerald Green Peafowl










Antara merak eksotik yang diimport pada september yang lepas yang semuanya habis dijual. Antara yang menjadi tarikan adalah emerald green, iaitu kacukan antara indian blue dan java green. Bagi saya, warnanya sangat cantik dan tegap. Niat dihati nak simpan sepasang tapi tak dapat jugak, terpaksa bagi customer dulu. Antara yang dibawa masuk selain emerald green ialah white spalding, purple, purple blackshoulder, splading bronze, and white.

InsyaAllah mungkin bulan November/Disember ni masuk lagi. Dah tempah pada importer Cameo Spalding, Purple Spalding, Bronze, Emerald Green and White.

Sang Serama






Aktif betul geng-geng serama di MPF ni, awal tahun 2010 saya hanya membeli beberapa ekor serama dari Terengganu untuk dijadikan ayam 'penghias 'ladang' dan sekarang dah lebih 40 ekor serama saya ada hasil pembiakan dsini, mungkin ianya menjadi perkara biasa bagi penternak profesional serama. Tetapi bagi saya, pembiakannya agak cepat dan tak henti sampai telur banyak tak dieram.. koleksi diatas antara yang terdapat di sini, tak dapat nak ambil kesemuanya, masing-masing berpecah merayau ntah kemana pun sy tak taw... malam jea tgk sume ada di dalam reban,,,

Orang kata makan ramai-ramai rebut-rebut nie seronok!!





bila jarang-jarang balik tengok farm nie, sesekali balik rasa best pula bila tengok telatah diorang diladang nie... makan ramai-ramai tak gadoh.. rebut sini rebut sana... tensyen kat kepala ni bolehla release sikit...

NEW!! White Peafowl baru masuk ke MPF

2 ekor betina white peafowl. baka import dari US
sepasang, 1 jantan (yg depan) 1 betina (belakang). baka US
Baka US.
Baka US.
anak berumur 8 bulan, gambar agak kabur sebab diambil dari jauh. kelihatan sedang merayau di tepi sawah disebelah dgn sangkar. baka biak tempatan.
Seekor betina putih matang. pun baru tiba di MPF. baka biak tempatan.

Baru-baru ini saya menambah koleksi 'White Peafowl' ke MPF dengan membeli 5 ekor lagi. trio (1 jantan dan 2 betina) baka yang diimport dari US dan 1 betina dan 1 anak dari tempatan.

Sedikit maklumat tentang 'White Peafowl'
sumber: http://peacockgirl.tripod.com/Peafowl_Variet/Whitex.html



Type of mutation: The white is a color mutation, and although it can carry other genes, such as the blackshoulder and white-eyed, they are not visible because of its completely white color.

Peacock Coloration: Males are, as their name implies, completely white. Faint eyespots can be distinguished in the train by a thin layer of off white that surrounds the ocelli. The actual seeing eyes of the birds are blue.

Peahen Coloration: Hens are completely white, with blue eyes.

Peachick Coloration: When first hatched, the chick is yellow in color with white wings. White chicks are hard to sex until about two years of age when the male will developed wispy tail coverts, because the bird does not change color much in its lifetime, and the male and female look so similar. Chicks born at the same time can sometimes be sexed by the length of their legs. Males often have longer legs than the females.

Origin: It is speculated there may be a few white peafowl bred naturally in India. White was one of the first variations to be discovered and made popular, and has been around for many years.

Do they breed true?: Yes, white bred to white will produce 100% white chicks. White is an incomplete dominant gene, so when a white is bred to a non-white the offspring will be split to white, and this will show itself by small white patches on its primary wing feathers.

Pied Guinea Fowl

terima kasih kapada saudara makarimi n ibrahim (dangaupoultryfarm) atas pemberian pied guinea fowl nie, bagi masa ramadhan yang lepas masih lagi kecik molek, skang dah besar sikit..

Mandarin Duck

Alhamdulillah, akhirnya tercapai hasrat untuk memiliki mandarin duck, saya ada membeli 1 jantan dan dua betina, sepasang mandarin duck dah menjejak ke MPF, lagi seekor betina masih tak ambil lagi. cage baru tgh buat khas utk diorang nie, nak tambah kolam n etc.. teringat kata-kata cikgu irwan fahmy, walaupun ada air kolam, air minum tetap kena sediakan sebabnya itik nie takkan minum air yang dia mandi..


seekor lagi belum diambil, gambar je snap dulu. maybe after hilux dah siap repair baru g ambil.

Sedikit maklumat tentang mandarin duck
sumber: wikipedia

The Mandarin Duck (Aix galericulata), or just Mandarin, is a medium-sized perching duck, closely related to the North American Wood Duck. It is 41–49 cm long with a 65–75 cm wingspan.

The adult male is a striking and unmistakable bird. It has a red bill, large white crescent above the eye and reddish face and "whiskers". The breast is purple with two vertical white bars, and the flanks ruddy, with two orange "sails" at the back. The female is similar to female Wood Duck, with a white eye-ring and stripe running back from the eye, but is paler below, has a small white flank stripe, and a pale tip to its bill.

Unlike other species of ducks, most Mandarin drakes reunite with the hens they mated with along with their offsprings after the eggs have hatched and even share scout duties in watching the ducklings closely.However, even with both parents securing the ducklings, most of them do not survive to adulthood.

The species was once widespread in eastern Asia, but large-scale exports and the destruction of its forest habitat have reduced populations in eastern Russia and in China to below 1,000 pairs in each country; Japan, however, is thought to still hold some 5,000 pairs.

Specimens frequently escape from collections, and in the 20th century a feral population numbering about 1,000 pairs was established in Great Britain. Although this is of great conservational significance, the birds are not protected in the UK since the species is not native there. There is also a free-flying feral population of several hundred mandarins in Sonoma County, California. This population is the result of several mandarin ducks escaping from captivity, then going on to reproduce in the wild.

In the wild, Mandarin Ducks breed in densely wooded areas near shallow lakes, marshes or ponds. They nest in cavities in trees close to water and during the spring, the females lay their eggs in the tree's cavity after mating. The males take no part in the incubation, simply leaving the female to secure the eggs on her own. However, unlike other species of ducks, the male does not completely abandon the female, leaving only temporarily until the ducklings have hatched. Shortly after the ducklings hatch, their mother flies to the ground and coaxes the ducklings to leap from the nest. After all of the ducklings are out of the tree, they will follow their mother to a nearby body of water where they would usually encounter the father, who will rejoin the family and protect the ducklings with the mother. If the father isn't found then it is likely that he may have deceased during his temporary leave. The Asian populations are migratory, overwintering in lowland eastern China and southern Japan.

Mandarins feed by dabbling or walking on land. They mainly eat plants and seeds, especially beechmast. They feed mainly near dawn or dusk, perching in trees or on the ground during the day.

Mandarins may form small flocks in winter.

blue showing his first tail



tak lama lagi dah nak masuk musim 'mating' burng merak dan ekor sang jantan mula tumbuh semula, maklumla nak pikat sang betina nie kenala 'hensem', merak-merak jantan muda pun tak lepaskan peluang untuk menunjukkan ekor-ekor yang masih 'kontot' dan galaknya bukan main juga... gambar kat atas nie adalah gambar seekor indian blue muda berumur 2 thn setengah sedah belajar mengembang-ngembang ekor pertamanya... cantek! cantek! bro.. dah la tuee...

Lavender Silkie Chicken



Baru-baru nie MPF menambah koleksi ayam silkie, baru membeli silkie berwarna lavender dari saudara makarimi & Ibrahim.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...