Welcome to my Private Peacock's Breeding Farms!

Selamat Datang ke Laman Ladang Penternakan Merak. Membiak beberapa spesis unggas seperti Burung Merak , Kuang, Ayam Mutiara, Ayam Piru, Angsa, Itik , Silkie, Polish, Button Quail, Coachin dll.

Tuesday, December 28, 2010

Sibuk + Busy...

Ehem... Assalamualaikum...

lame betul tak update blog, sibuk dengan majlis kahwin adik then ditambah pulak dgn final anchor nak siapkan master, so kene fokus yang utama dulu.. bila rase dah takde nak buat ape nie, baru teringat nak update blog....

Up to date, takde byk sangat ape yang berlaku di farm, tapi sekadar ingin mengingatkan kepada para peminat unggas dan juga haiwan eksotik terutamanya unggas seperti ayam, merak, kuang dan seangkatan dengannya... mungkin semua pun tahu, satu tanah melayu nie diserang penyakit unggas iaitu New Castle Disease atau sampar... Dalam berjaga2 dari penyakit tu.. tempat saya pun terkena jugak... byk jugak ade yang terkena n tak sempat nak cure... bila check2, yg datang tu bukannya ND, tapi CRD atau kita panggil penyakit pernafasan menular... penyakit nie menyerang terutamanya selepas hujan... n unggas biasanya akan murung, hilang selera makan, hidung berair dan seakan-akan selesema... then, bila tahan kritikal, tercungap-cungap disebabkan oleh kahak yg tersekat di saluran pernafasan.... agak teruk juga kesannya walaupun tak seperti ND..

Kalau ND, kematian boleh mencecah 100%, semua akan mati jika tak disuntik dengan anti ND, tapi CRD nie, kematiannya boleh dianggarkan 50% jika tak dirawat secepat mungkin... jangkitan boleh berlaku secara perlahan-lahan tak mcm ND, sekali datang... alamatnye tak larat nak buang ayam mati ke sungai...

Alhamdulillah, semua pun dah ok... dah takde tanda2 lagi... ubat pun dah bagi, sangkar2 pun dah disembur dgn anti bakteria...

So ape yang terbaru, sy hanya menambah beberapa koleksi baru seperti burung budgie, ayam polish, silkie, and cochin... merak pulak, emerald spalding dan buford bronze... konon2 nak bagi ladang nampak ada landskap, ayah ade membeli koleksi orkid harimau, dengar kata susah nak berbunga tapi try je dl... mana taw ade rezeki...

InsyaAllah, ada mase jap lagi, sy akan upload gambar2 koleksi terbaru sekadar berkongsi dengan semua.... Salam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...