Welcome to my Private Peacock's Breeding Farms!

Selamat Datang ke Laman Ladang Penternakan Merak. Membiak beberapa spesis unggas seperti Burung Merak , Kuang, Ayam Mutiara, Ayam Piru, Angsa, Itik , Silkie, Polish, Button Quail, Coachin dll.

Tuesday, December 28, 2010

Ubat mencegah penyakit CRD...

Salam buat semua...

Sekadar ingin berkongsi, mungkin kita ingat bila unggas kerap mati, ND lah puncanya... tak jugak, ada bermacam-macam penyakit unggas nie seperti berak darah, endoparasit, bronkitis berjangkit, gumboro, mareks, CRD n termasuklah ND... oleh kerana sy pernah 'diserang' CRD, so taw lah sikit symtom n pencegahan bagi penyakit nie...
  • -Disebabkan oleh Bakteria- Mycoplasma gallisepticum
  • -Jangkitan boleh berlaku pada semua peringkat umur, dan paling tak tahan ialah anak yang masih muda.
  • -Jangkitan boleh berlaku melalui udara dan juga telur.
  • -Cepat merebak seperti ND
Symptom:
  • Kesukaran dalam pernafasan
  • Hidung berair
  • Kelesuan
  • Pundi udara serta paru-paru menjadi lebam
  • Kematian sederhana
Pencegahan:
  • Reban dicuci dan dibasmikumankan, boleh dapatkan ubat pencuci reban di kedai poultry. kalau nak sembur, mana2 yang ada penyembur racun manual tu lagi senang, bancuh n sembur keseluruh kandang atau reban.
  • Sumber beli yang bebas penyakit. kalau nak beli apa2 tu, kalau boleh usha dl tmpat dia, ok ke tak, kalau rasa2 mcm tak best je, elakkan beli sebab dari hal ni lah, penyakit boleh bertandang ke farm kita pulak... ingat nak tambah satu dua, tapi mampus 30-40 ekor...
  • Mengurangkan ‘stress’, kadang2 tekanan pun boleh manjadi puncanya, tak kiralah samada dari segi gangguan manusia ataupun persekitaran, hujan pun boleh menyebabkan suhu reban terlalu sejuk dan lembap.. kita pun boleh demam apatah lagi unggas...
  • Mengawal keluar masuk individu serta peralatan, kalau dl, ade orang nak datang je kita mengalu-alukan, boleh tapi kalau boleh hati2 sebab bakteria boleh dibwa melalui individu luar dan juga peralatan yang dibwa masuk seperti sangkar dan juga kotak unggas
  • Antibiotik – Ubat yang agak ok untuk digunakan adalah Tylosin dan juga Baytril... Tylosin biasanya akan disuntik ke unggas yang ada symptom CRD ni, dan kalau boleh suntikan proaktif lagi bagus... then Baytril pulak adalah ubat oral yang mana kita campur pada air mimuman. Bagi kedua-dua ubat serentak adalah terbaik....
Ini gambar ubat tu...

Tylosin for injection


Baytril, untuk oral

Yang nie sebenarnya untuk lembu n kambing, tapi untuk unggas pun ok, bila ayam ada sakit mata, bengkak dan berair, boleh spray kat mata....

Itulah serba sikit yang boleh dikongsi hasil dari pembelajaran sendiri, tapi kalau ada kesilapan dalam penerangan, insyAllah perbetulkanlah untuk kebaikan bersama.... Salam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...