Welcome to my Private Peacock's Breeding Farms!

Selamat Datang ke Laman Ladang Penternakan Merak. Membiak beberapa spesis unggas seperti Burung Merak , Kuang, Ayam Mutiara, Ayam Piru, Angsa, Itik , Silkie, Polish, Button Quail, Coachin dll.

Saturday, April 16, 2011

PEACHICKS 2011

Up to date, Alhamdulillah tahun ni ada peningkatan dari segi bilangan telur dan juga peratus anak yang ditetaskan. Musim ni juga, kami berjaya menetaskan anak dari jenis Indian Blue, White, Bluepied, Blackshoulder dan juga Emerald Green. Peach juga ada bertelur dan masih dalam proses penetasan. Kaedah yang digunakan adalah menggunakan inkubator dan ayam kampung. Pendapat peribadi saya mengatakan kaedah ayam kampung adalah yang paling terbaik dan efektif. Ada juga rakan-rakan bertanya, kenapa tidak membiarkan ibu merak mengeram sendiri telur tersebut? Sebanarnya kaedah itu juga boleh dilakukan kerana lebih 'natural', tetapi jika membiarkan ibu merak sendiri yang mengeram, kesannya bilangan telur yang dihasilkan hanya sedikit. Ibu merak akan berhenti bertelur apabila dia mahu mengeram, sebaliknya jika telur tersebut dikutip dan dieram dengan kaedah yang lain, ibu akan berterusan bertelur hingga kapasiti yang maksimum. Secara lazimnya yang berlaku di tempat saya, seekor ibu boleh bertelur 10-15 biji semusim dan jika dibiarkan ibu mengeram, bilangannya hanya 6-7 biji sahaja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...