Memperkenalkan kepada peminat-peminat unggas sekalian, satu lagi variasi merak yang belum ada di Malaysia iaitu Peach Peafowl. Berwarna peach, sekali pandang memang nampak seperti Cameo, tetapi mempunyai toner warna yang berbeza, Alhamdulillah, saya dapat juga membeli koleksi terbaru ini pada Febuary yang lepas. Dikongsikan beberapa gambar sepasang merak peach yang dah pun 'bermastautim' di farm belakang rumah nie memjadikan jumlah jenis yang dikumpul sebanyak 42 ekor merak induk dari 9 jenis yang berbeza.
Sedikit maklumat berkenaan Peach Peafowl:
- Salah satu variasi terbaru yang ditemui seperti midnight dan jades. Warna merak jenis peach ni masih lagi sukar di kenalpasti disebabkan hanya beberapa breeder sahaja yang membiak jenis ni. kebanyakannya di US.
- Warna bagi Jantan: Warna coklat ke'oren-oren' nan dan lebih cerah dari cameo dan bronze. Warna bulu di kepak dan ekor sangat cerah berbanding badan dan menjadi agak keputihan bila di hujung bulu.
- Warna betina: Juga lebih cerah dari cameo, nampak cerah di badan dan memiliki leher yang gelap seperti jantan.
- Asal-usul: Peach ditemui hasil daripada kacukan pada awal 1990 an.
- Pembiakan: Yup, peach adalah pure breed jadi anak jugak akan mendapat bloodline yang sama. Peach adalah sex-linked color iaitu gen warna dapat dipindah melalui pembiakan seperti purple dan cameo.