Welcome to my Private Peacock's Breeding Farms!

Selamat Datang ke Laman Ladang Penternakan Merak. Membiak beberapa spesis unggas seperti Burung Merak , Kuang, Ayam Mutiara, Ayam Piru, Angsa, Itik , Silkie, Polish, Button Quail, Coachin dll.

Sunday, March 6, 2011

Pure Breed Poland Chicken



Original breed poland chicken, baru je dapat dari terengganu.. asalhnya ada 2 pasang tapi yang nak membedalnya ramai sangat, so terpaksa berebut nak beli. mau taknya, baka sangat cantik dan jambul pun macam kuih pau jea... selalu kita tgk polish jambul ada bulu panjang tapi yang ni jambul nye mcm kuih paw... so simpan kat farm buat baka....

Golden Sebright Chicken


Baru ni ade jugak anak menjadi lebih kurang 30 ekor, baru sehari je publish kat mudah, dah habis orang beli, tapi gambar masih ada so sy kongsi jelah buat tatapan mata.. heheh.. anak seminggu ada lagi lebih kurang 15 ekor so nanti ape2 je mudah...

Peach Peafowl






Memperkenalkan kepada peminat-peminat unggas sekalian, satu lagi variasi merak yang belum ada di Malaysia iaitu Peach Peafowl. Berwarna peach, sekali pandang memang nampak seperti Cameo, tetapi mempunyai toner warna yang berbeza, Alhamdulillah, saya dapat juga membeli koleksi terbaru ini pada Febuary yang lepas. Dikongsikan beberapa gambar sepasang merak peach yang dah pun 'bermastautim' di farm belakang rumah nie memjadikan jumlah jenis yang dikumpul sebanyak 42 ekor merak induk dari 9 jenis yang berbeza.

Sedikit maklumat berkenaan Peach Peafowl:
  • Salah satu variasi terbaru yang ditemui seperti midnight dan jades. Warna merak jenis peach ni masih lagi sukar di kenalpasti disebabkan hanya beberapa breeder sahaja yang membiak jenis ni. kebanyakannya di US.
  • Warna bagi Jantan: Warna coklat ke'oren-oren' nan dan lebih cerah dari cameo dan bronze. Warna bulu di kepak dan ekor sangat cerah berbanding badan dan menjadi agak keputihan bila di hujung bulu.
  • Warna betina: Juga lebih cerah dari cameo, nampak cerah di badan dan memiliki leher yang gelap seperti jantan.
  • Asal-usul: Peach ditemui hasil daripada kacukan pada awal 1990 an.
  • Pembiakan: Yup, peach adalah pure breed jadi anak jugak akan mendapat bloodline yang sama. Peach adalah sex-linked color iaitu gen warna dapat dipindah melalui pembiakan seperti purple dan cameo.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...