Welcome to my Private Peacock's Breeding Farms!

Selamat Datang ke Laman Ladang Penternakan Merak. Membiak beberapa spesis unggas seperti Burung Merak , Kuang, Ayam Mutiara, Ayam Piru, Angsa, Itik , Silkie, Polish, Button Quail, Coachin dll.

Thursday, July 15, 2010

Kerisauan melanda akibat virus Sampar NCD.

Salam..

Sebulan yang lepas, berlaku kematian anak-anak merak indian blue dan white yang berumur sebulan lebih berjumlah 6 ekor indian blue dan sekor white. Asalnya risau jugak takut2 tempat saya dijangkiti virus New Castle (NCD). Pastu terus pg ke kedai cari anti virus NCD ni bagi pada merak2 n unggas yang lain. Naseb baik tak ada lagi kematian berlaku selpas tue.

Mungkin anak2 merak tu mati akibat cuaca yang terlalu lempab yg boleh menyebabkan penyakit murung pada unggas terutamanya anak yang belum tahan pada cuaca yang sensitif. Tetapi, buat masa sekarang, byk ladang2 di utara semenanjung diserang virus ni. So, langkah2 berjaga2 dibuat untuk mengelak virus ni berjangkit pulak kat tmpt saya. Tiada lawatan dibenarkan, dan tiada pembelian stok dan pindahan masuk buat seketika.

Tuesday, June 15, 2010

Assalamualaikum WBT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Ribuan terima kasih kepada semua pelawat blog saya. Perasaan teruja bila dapat melihat salah satu ladang seorang penternak berjaya iaitu Masiran Farm terpapar di akhbar metro 2 minggu yang lepas. Tahniah buat beliau!

Maka sy berhasrat untuk berkongsi pengetahuan dan koleksi kepada sahabat yg berminat dalam penternakan unggas, dan haiwan eksotik. 'kot-kot leh tukar2 pengalaman' dan membina hubungan peniagaan.

Sepanjang 6 bulan yang lepas iaitu November 2009- May 2010. Ladang sy telah menjual hampir 50 ekor merak dari Spesis Indian Blue, Blackshoulder, Pied dan juga White Peacock. Sumber bekalan termasuklah dari ladang pembiakan sendiri dan re-trade.

Antara pembeli temsuklah individu, pemilik ladang, peminat burung eksotik, pet shop, resort-resort, kelab golf dan juga zoo.

Pada Mac yang lepas, stok jualan tidak mencukupi hinggakan saya tidak dapat memenuhi permintaan beberapa tender dan permintaan ekoran tiada stok melainkan baka.

Dengan ini tercetuslah idea untuk membiakkan lagi spesis ini dengan lebih sistematik dan terurus. Pembelian baka2 juga ditingkatkan dengan bertujuan memperbanyakkan induk dan mengumpul spesis yang masih belum dimiliki. Hampir 30k di habiskan untuk projek kecil ini dari segi pembinaan sangkar dan pembelian anak dan baka.

Diharapkan di masa akan datang, peluang yang lebih cerah untuk pasaran ini akan terbuka luas. Buat masa ini, ladang yang kira2 hanya sebesar 'padang bola' akan di gunakan untuk menternak unggas yg berpotensi tinggi dan mendapat pasaran tinggi seperti merak, angsa, ayam belanda dan sbgnya.

Semoga, pelawat2 yang berminat atau mempunyai bidang ternakan yang sama dapat berkongsi maklumat dan petua2 bagi menjayakan lagi projek ini.

Terima kasih.
Hakim
013-2465481

Friday, June 11, 2010

Lavender Guinea Fowl


Lavender Guinea Fowl. Ada beberapa pasang sebagai koleksi. Berwarna 'pearl'.

Thursday, June 10, 2010

Guinea Fowl (Ayam Mutiara)

Di ladang saya, terdapat beberapa pasang ayam mutiara kelabu dibela bagi menceriakan lagi suasana ladang. Bunyinya yang agak unik dan saling bersahutan membuatkan suasanan sentiasa riuh rendah. Ayam ini juga pandai menjaga kawasan dan akan berbunyi sekiranya ternampak objek yang pelik seperti ular, musang dan pemangsa yang lain.
Agak otai juga kerana ada diantaranya berlagak mcm 'bonzer' kerana selalu 'membelasah merak lepas dan ayam belanda.

ps: sikit hari kene sembelih la tu. tak pun let go jer...

Red Golden Pheasant (Kuang Red Golden)

Kuang (jantan) yang telah mencapai tahap matang sepenuhnya.

Diet pemakanan agak sama dengan ayam dan merak. Senang untuk dibiak. Membiak setahun sekali. Betina biasanya akan bertelur 10-30 biji sekali.



Dua pasang kuang Red Golden yang baru dibeli dikuarantin buat sementara waktu sebelum dilepaskan ke sarang.

Jantan ini baru sahaja kematian pasangannya akibat penyakit yang tak diketahui. So die masih bersendirian sementara mendapat pasangan baru....

Blue Pied Peacock


Bluepied Male. Baka yang terdapat di ladang saya. Di beli dari Bahau, Negeri Sembilan. Campuran 70% putih.


Bluepied Female. Baka yang terdapat di ladang saya. sorry gambar tak ok, takde latest gambar...
Campuran 50% putih.

Bluepied Feafowl adalah merak kacukan Indian Blue Female dan White Peafowl. Warna badan juga adalah hasil campuran dari kedua-dua jenis ini.

Tuesday, June 8, 2010

Indian Blue Peacock (Bela Sangkar)

Sangkar (A)
Diisi dengan 6 ekor Male Indian Blue. Pengasingan dibuat untuk mengelak daripada Indian Male muda menganggu pasangan merak yang lain untuk 'mating'


Sangkar (B)
Diisi dengan seekor merak jantan dan beberapa merak betina untuk 'mating'.


Sangkar (C)
Diisi dengan seekor merak jantan dan 2 ekor merak betina juga untuk 'mating'.



Sangkar Indian Blue (D)
Disi dengan seekor merak jantan dan 4 ekor betina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...