Welcome to my Private Peacock's Breeding Farms!

Selamat Datang ke Laman Ladang Penternakan Merak. Membiak beberapa spesis unggas seperti Burung Merak , Kuang, Ayam Mutiara, Ayam Piru, Angsa, Itik , Silkie, Polish, Button Quail, Coachin dll.

Tuesday, November 9, 2010

Brown Silkie

1hb nov yang lepas, saya ada menemani saudara ibrahim pergi mencari button quail... lama juga mencari contact sesiapa yang jual button quail, last2 terjumpa ada uncle ni so saya pergilah....
bila dah sampai je, perasaan teruja bila tgk byk collection uncle ni yang saya masih tak ada lagi... antaranya brown silkie nie.... so 'kecek' punya kecek... dapt juga bw balik sorang sepasang....

Mini Coachin


3 pasang mini coachin baru... watna oren, blue, n grey...

Sunday, October 24, 2010

Baka baru yang dinanti-nantikan

Sebagai seorang peminat merak, ikut hati teringin je nak kumpul koleksi merak yang ada muka bumi ni.. tapi apakan daya, budget pun sengkek, so terpaksa kumpul apa yang termampu... saya ada menempah dari importer utk mengimport 4 pasang baka hibrid iaitu emerald green, cameo spalding, Buford bronze dan purple spalding untuk koleksi sendiri, kalau ade duit lebih sikit nak juga white spalding tapi memandang budget terhad so kiv dl, lgpun white spalding dah ada di malaysia, so nanti cari kat collector sini jelah... InsyaAllah hujung bulan december ni atau bulan jan sampai ke Malaysia. ni ade gambar saja untuk dikongsi...

Purple Spalding

Emerald Spalding

Cameo

Buford Bronze

White Spalding

Pictures source: http://www.texaspeafowl.com/peacock.html

Mudah-mudahan diperkenan la hajat untuk memiliki baka nie... InsyaAllah!!


Fuhh!! Nasib baik.. Alhamdulillah....

Salam buat semua pengunjung,

Baru ni, saya amat bernaseb baik dan bersyukur sangat2... buat semua geng-geng yang menternak unggas atau burung eksotik perlu berhati-hati dengan wabak sampar. Wabak sampar atau hawar ataupun New Castle Disease... Baru2 nie, lebih kurang seminggu lepas, saya dapat tahu ayam-ayam kampung di rumah-rumah sebelah jiran saya habis mati dipercayai akibat wabak pembunuh unggas nie... habis semua ayam sekor pun tak tinggal... Saya memang tak senang duduk, mana taw berjangkit kat merak-merak saya pula... tunggu-tunggu punya Alhamdulillah... masih lagi tak kena.... harap-harap geng kat MPF ni imun dengan vaksin yang saya bagi baru je 2 minggu sebelum tue... buat kengkawan yang ada menternak ayam tu, dinasihatkan untk memberi unggas anda dengan ND Vaksin... Memang dasyat bila jiran kata langsung sekor pun tak tinggal...boleh dapatkan daripadapembekal alatan penternakan yang terdekat. dan buat penternak yang berada di Perlis, Jabatan Veterinar Kangar, sudahpun membekal vaksin ini dengan harga rm120 sebotol...

Wassalam...

Sunday, October 3, 2010

Emerald Green Peafowl










Antara merak eksotik yang diimport pada september yang lepas yang semuanya habis dijual. Antara yang menjadi tarikan adalah emerald green, iaitu kacukan antara indian blue dan java green. Bagi saya, warnanya sangat cantik dan tegap. Niat dihati nak simpan sepasang tapi tak dapat jugak, terpaksa bagi customer dulu. Antara yang dibawa masuk selain emerald green ialah white spalding, purple, purple blackshoulder, splading bronze, and white.

InsyaAllah mungkin bulan November/Disember ni masuk lagi. Dah tempah pada importer Cameo Spalding, Purple Spalding, Bronze, Emerald Green and White.

Sang Serama






Aktif betul geng-geng serama di MPF ni, awal tahun 2010 saya hanya membeli beberapa ekor serama dari Terengganu untuk dijadikan ayam 'penghias 'ladang' dan sekarang dah lebih 40 ekor serama saya ada hasil pembiakan dsini, mungkin ianya menjadi perkara biasa bagi penternak profesional serama. Tetapi bagi saya, pembiakannya agak cepat dan tak henti sampai telur banyak tak dieram.. koleksi diatas antara yang terdapat di sini, tak dapat nak ambil kesemuanya, masing-masing berpecah merayau ntah kemana pun sy tak taw... malam jea tgk sume ada di dalam reban,,,

Orang kata makan ramai-ramai rebut-rebut nie seronok!!





bila jarang-jarang balik tengok farm nie, sesekali balik rasa best pula bila tengok telatah diorang diladang nie... makan ramai-ramai tak gadoh.. rebut sini rebut sana... tensyen kat kepala ni bolehla release sikit...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...