Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Harini sy terdetik utk meng'klik' balik blog sy ni setelah lama xaktif, memandangkan sibuk dengan sambung belajo... tgk viewers ade la jugak dlm 30 orang sehari, tp post baru langsung xde.... sorry guys for that... ingat nak concentrate dengan study full time, tp apakan daya hati kalau minat dengan burung ni, kat mana pun teringat jugak... Tgk itik tepi jalan di Liv ni pun jadi terjal rasanya....
So pada yg bertanya melalui chat, masih aktif lagi ke bang??... jwpnnya, nak kata aktif tu aktif jugak tp sy terpaksa hibernate sekejap utk memberi tumpuan kepada study saya.... InsyaAllah selepas selesai tanggungjawab utama ni sy akan kembali meng'enjoy' dalam dunia pemburungan semula.... Buat masa ni sy smbung PhD di Liverpool, UK dalam bidang yang dengan berkaitan kerja hakiki saya iaitu Maritime. Up-to-date, dah 10 bulan saya kat sini. Lagi 2 thn mcm tu sy akan balik Malaysia tercinta. Lepas tu insyaAllah terupdate lah sikit blog ni.
My Peacock Farm kekal mcm biasa sekarang ni diuruskan atas owner nye iaitu ayah saya Pak Mat or Salleh di bwh My Peacock Farm Enterprise...... masih lagi ada seciput yang dl, dan kemungkinan berlaku sedikit 'downsizing' dengan tidak lagi membiak jenis2 ayam tertentu atas sebab tertentu. Dan sedikit penambahan seperti Parrot species. Memandangkan farm kecik ni dbina hanyalah sekadar pada minat (kalau ada stok lebih dapatla jual), sekarang ni jualan xlah seperti dl (xjual langsung kot), dan byk memberi masa pada pembiakan merak sepenuh masa dengan memperbanyakkan lagi jumlah merak di farm. Pada yang sama saya dan ayah masing2 dok belajar utk cara pembiakan yang berkesan (padahal ayah saya yang lebih serba tahu memandangkan dia sendiri yg uruskan).
Pembiakan merak bukanlah susah sgt tp xdelah senang jugek. Bagi baka biasa seperti Indian Blue, Blackshoulder dan juga bluepied mungkin ramai yang biasa membiak dengan baik di Malaysia. Tetapi baka seperti green, cameo, bronze ini memerlukan sedikit pendekatan berbeza. Maklumlah sebelum ni, depa dok hidup di negeri lain (US) tp dibwa ke Msia utk reproduction. Telur yang dihasilkan juga berbeza, pemakanan yang sama tp xserupa... pendek kata lain sikit lah. So pada waktu sekarang ni, byk belajar bagaimana nak membiak baka2 baru ni. Tahun 2012, adalah tahun 'experiment' bagi pembiakan baka baru ni. Byk telur dihasilkan lebih kurang 400-500 biji, tp xsemuanya menetas (low fertility rate), anak dr telur yang menetas byk jugak yang 'goal' sblm keluaq incubator, anak dah besar pun boleh mati (sbb penyakit, nyamuk, sakit mata etc). So byk juga kegagalan dari thn 2012. Tahun 2013 ni xtaw lagi, So InsyaAllah, sekarang adalah masa yang terbaik utk belajar melalui cara belek internet dan juga praktikal.
Memandangkan ada peluang dok europe ni, sambil2 belajar, plan nak gain exp breeding dari breeders di sini, InsyaAllah April ni nak ke Holland utk belajar waterfowl breeding dan tgk mcm mana diorang handle farm. appointment pun dah buat dengan 2 farm disana, salah satunya main exporter ke Malaysia. InsyaAllah boleh lah gain something nanti.
So oklah, InsyaAllah ada masa lagi, sy update2 sikit kalau berkesempatan. Terima kasih semua geng pemburungan dan sorry kalau ayat berterabur =).